Perlawanan malam semalam menampakkan peningkatan para wira negara.Bermain di tempat sendiri amat menyakinkan dengan adanya semangat dan sokongan dari para penyokong yang tidak henti-henti memberi inspirasi kepada para pemain sehingga ke detik yg terakhir.Syabas diucapkan kepada para pemain dan rakyat malaysia amnya.Dalam kerancakan perlawanan tersebut terdapat juga kekesalan yang memberi impak kepada negara iaitu insiden 'laser'.Insiden ini boleh dijadikan modal buat rakyat Indon untuk membalas dendam pada perlawanan kedua di Jakarta.Hal ini akan menimbulkan suasana yang kurang senang buat penyokong-penyokong yang akan terbang pula ke Jakarta dan yang sedia ada di sana.Apa yang diharapkan adalah supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.
Monday, December 27, 2010
Malaysia vs Indonesia
Cukup untuk muqaddimahnya.Saya cuma ingin menyatakan kesedihan melihat sikap para penyokong.Memanglah kita bermain di tempat sendiri, seharusnya kita menghormati dan memberi layanan yang baik kepada para tetamu.Hukumnya wajib memberi layanan baik terhadap tetamu.Pergaduhan antara dua negara ni baru saja nak reda.Timbul pula kekecohan kedua.Isu yang kecik ni boleh dibesarkan.Manusia apa-apa pun mereka boleh lakukan.Setakat memperbesarkan isu yang kecil memang dah jadi fitrah pun.Apa yang diharapkan di sini kita perlu berubah dan berhijrah ke arah lebih baik lagi.Sememangnya ni lah yang dituntut.
Selaut doa dan harapan diharapkan kepada para pejuang kita untuk menaikkan semula nama negara dalam kancah bola sepak antarabangsa.Semoga maju jaya.Majulah sukan untuk negara.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment