? ??????????????Monet? ????? ?????? ???Rating: 3.5 (42 Ratings)??0 Grabs Today. 5696 Total Grabs. ??????Ge
t the Code?? ?? ???????????????????????????Japanese Garden? ????? ?????? ???Rating: 3.6 (58 Ratings)??0 Grabs Today. 4958 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Scotland? ????? ?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday, June 14, 2009

SHEIKH AHMAD AL-FATANI

PENDAHULUAN
PEMIKIRAN Sheikh Ahmad al-Fathani dalam pelbagai bidang ilmu sememangnya amat panjang untuk dibicarakan. Artikel ini masih lagi berkisar tentang pemikiran-pemikiran beliau berkenaan hal demikian. Kali ini dibicarakan pemikiran-pemikiran Sheikh Daud al-Fathani dalam tiga bidang ilmu, iaitu ilmu berkaitan hisab/falakiyah, waktu dan falsafah.

SHEIKH AHMAD AL-FATHANI DAN ILMU HISAB/FALAKIYAH
Penglibatan Sheikh Ahmad al-Fathani dalam bidang ilmu hisab boleh diketahui dengan mengkaji karyanya yang berjudul Al-Fatawal Fathaniyah.

Tidak banyak ditemui pembicaraan beliau tentang ilmu hisab itu dalam bahasa Melayu. Ini kerana Sheikh Ahmad al-Fathani lebih banyak menulisnya dalam bahasa Arab.
Tulisan beliau dalam bahasa Arab mengenai ilmu hisab dimulai dengan penerbitan kitab Matn as-Sakhawiyah fi ‘Ilmil Hisab karya Sheikh Abdul Qadir as-Sakhawi. Penerbitan dan pentahqiqan dilakukan pada tahun 1304 H/1886 M. Kemudian kitab tersebut beliau syarah pula dalam bahasa Arab.

Selain ilmu hisab yang biasa, yang dapat kita samakan dengan matematik, ada lagi ilmu hisab yang sangat erat hubungannya dengan ilmu falak. Ilmu hisab dan ilmu falak lebih banyak ditulis oleh Sheikh Ahmad al-Fathani berbanding ilmu hisab yang bercorak matematik. Karya beliau yang jenis kedua itu juga ditulis dalam bahasa Arab. Dalam tahun 1305 H/1887 M, Sheikh Ahmad al-Fathani telah mentahqiqkan kitab Wasilatut Thullab li Ma‘rifati A’mal al-Lail wa an-Nahar bi Thariq al-Hisab karya Syeikh al-Khaththab.

Pada tahun 1313 H/1895 M diselesaikan pula pentahqiqan kitab Ghayah al-Idrak fi al-‘Amal bi Kurah al-Aflak. Dalam tahun 1315 H/1897 M, kitab yang sama ditulis kembali dengan beberapa tambahan. Terdapat sebuah lagi karya Sheikh Ahmad al-Fathani yang terbesar mengenai ilmu hisab dan falak berjudul ar-Rubu’ al-Mujaiyab, tetapi tidak sempat diselesaikan. Selain karya-karya yang tersebut, Syeikh Ahmad al-Fathani juga menyelesaikan beberapa tulisan mengenai ilmu tersebut.

Berkembang- nya ilmu hisab dan falak di dunia Melayu pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 Masihi adalah hasil peranan beberapa orang murid yang pernah belajar ilmu tersebut daripada Sheikh Ahmad al-Fathani di Mekah.
Di antara mereka yang terkenal dalam disiplin ilmu hisab dan falak ini ialah, Sheikh‘Abdur Rahman Gudang al-Fathani, Sheikh Muhammad Nur al-Fathani, Haji Umar bin Ismail Nuruddin Kelantan, Sheikh Thahir Jalaluddin al-Azhari al-Falaki, Sheikh Jamil Jambek, Haji Abdullah Fahim, Mufti Pulau Pinang dan ramai lagi.

Perlu juga penulis sebutkan bahawa hanya terdapat dua ulama dunia Melayu yang menjadi pengajar ilmu hisab dan falak di Mekah pada zaman itu. Mereka ialah Sheikh Ahmad al-Fathani dan Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau.

Setelah Sheikh Ahmad al-Fathani meninggal dunia (1325 H/1908 M), Sheikh Ahmad Khathib Minangkabau meneruskan aktiviti pengajaran ilmu itu. Pada waktu yang sama muncul nama Sheikh Muhammad Nur al-Fathani. Sewaktu Sheikh Ahmad al-Fathani masih hidup, Syeikh Muhammad Nur al-Fathani sudah mula mengajar ilmu itu tetapi masih belum begitu dikenali.

Kisah ini ana coret dari blog abdulhayyjankidausat.blog.friendster.com

TOK KENALI 'ULAMA PERINGKAT WALI

Pengenalan
Tok Kenali ialah satu nama yang paling terkenal dalam dunia pengajian Islam menggunakan
sistem pondok di Malaysia. Bahkan beliau juga terkenal di seluruh alamMelayu. Oleh itu, memang riwayat beliau perlu diketahui oleh masyarakat. Dalam dua keluaran terakhir perbicaraan tentang ulama,telah disentuh perjuangan tokoh yang antipenjajah (Tok Ku PalohTerengganu dan Haji Sulong al-Fathani). Ada orang berpendapat bahawaTok Kenali tidak pernah terlibat dalam perjuangan yang bercorak demikian.Bagi saya, pendapat seperti demikian itu adalah hanya ditinjau dari satu sudut yang belum menyeluruh.

TokKenali ialah murid yang paling dipercayai oleh Syeikh Ahmad al-Fathani,oleh itu hampir-hampir tidak ada satu rahsia perjuangan Syeikh Ahmadal-Fathani yang tidak diketahui oleh Tok Kenali. Di sini saya sentuhsedikit saja. Syeikh Ahmad al-Fathani ialah tokoh pertama darilingkungan dunia Melayu sejagat yang secara diplomatik pergi keIstanbul, Turki untuk melaporkan perbuatan tiga bangsa yang menjajah didunia Melayu ketika itu. Bangsa-bangsa itu ialah Inggeris, Belanda danSiam. Walau bagaimanapun, supaya suasana tidak selalu keras dan tegang dalam corak pemikiran jihad zhahiri, kisah Tok Kenali saya fokuskan kepada pemikiran jihad shufi. Jihad zhahiri lebih menitikberatkan perjuangan secara fizikal, sedang jihad shufi lebih mengutamakan pembinaan dalaman, qalbi atau hati dan rohani. Kedua-dua jenis jihad itu adalah penting dikombinasikan secara sepadu. Selain itu dalam disiplin ilmu akidah dan tasawuf ia dikenali dengan istilah ‘WaliAllah’ dan ‘karamah’ (istilah Melayu: keramat).

Tradisipenulisan para ulama Islam juga banyak menceritakan tentang ‘karamah’para Wali Allah. Tulisan saya dalam Utusan Malaysia yang telah lalu(133 siri) tentang ‘karamah’ sengaja tidak saya sentuh kerana sayalebih mengutamakan riwayat yang berdasarkan fakta. Oleh kerana ramaiyang minta kepada saya supaya menulis tentang karamah yang pernahberlaku pada Tok Kenali maka permintaan itu saya paparkan berdasarkancerita yang telah saya kumpulkan daripada pelbagai sumber sejak tahun1950-an lagi.
Karamah Tok Kenali

Nama sebenar Tok Kenali ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani,lahir pada 1287 H/1871 M, wafat Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933M. Yang saya riwayatkan ini adalah berdasarkan pelbagai cerita yang saya dengar, oleh itu tidak terikat sangat dalam sistem penulisan ilmiah.

Yang saya ingat pada tahun 1953, ibu saya Hajah WanZainab binti Syeikh Ahmad al-Fathani hanya menyebut nama murid ayahnyaitu dengan istilah Awang Kenali. Menurutnya, Syeikh Ahmad al-Fathanilahyang pertama menggunakan istilah ‘Awang’ itu. Riwayatnya, sewaktuSyeikh Ahmad al-Fathani menjadi utusan ulama Mekah ke Beirut dan Mesiruntuk menyelesaikan pertikaian pendapat antara Saiyid Yusuf an-Nabhani(Beirut) dengan Syeikh Muhammad Abduh (Mesir) dalam rombongan itu,Awang Kenali ikut serta.Ketika sampai di Bukit Tursina, kerana ditempat itulah Nabi Musa mendengar ‘Kalam Allah’, Syeikh Ahmadal-Fathani menyuruh murid-muridnya munajat secara khusus. Awang Kenali ditugaskan supaya minta menjadi ulama. Nik Mahmud ditugaskan munajat minta menjadi seorang pembesar Kelantan. Setelah Tok Kenali munajat,Syeikh Ahmad al-Fathani menyatakan bahawa ilmu Awang Kenali tingginya mencapai ‘awan’ tidak menjangkau kepada langit. Ilmu yang sampai ke peringkat ‘awan’ itulah yang dapat dijangkau oleh kebanyakan ulama di tanah Jawi.

Daripada perkataan ‘awan’ itulah kemudian bertukar menjadi ‘Awang’. Cerita yang sama juga saya dengar daripada Haji Wan Ismail bin Hawan, Qadhi Jala (cerita didengar pada tahun1970). Dalam surat-surat Syeikh Ahmad al-Fathani kepada pihak lain,termasuk kepada orang Arab dan Turki, apabila melibatkan muridnya itu,beliau mengekalkan tulisan dengan istilah ‘Awan Kenali’ saja tanpa menyebut nama lainnya.Pada tahun 1969 saya dengar cerita bahawa TokKenali pertama-tama datang ke Mekah penuh dengan peristiwa yang pelik-pelik (ajaib). Kehidupan sehari-harinya penuh dengan tawakal.Beliau tidak mempunyai pakaian yang lebih daripada sehelai, tidak memiliki wang, tidak siapa mengetahui beliau makan ataupun tidak pada setiap hari siang ataupun malam. Hampir-hampir tidak ada orang yang mengenalinya di Mekah ketika itu.

Orang yang tidak mengenalinyahanya memperhatikan keanehannya berada dari satu halaqah ke satuhalaqah yang lain dalam Masjid Haram, Mekah. Keberadaannya dalamsesuatu halaqah tidak pula membawa sesuatu kitab seperti orang lainnya.Pada kebanyakan masa ketika duduk dalam halaqah beliau memejamkan mata,orang menyangka beliau bukan mendengar pelajaran tetapi tidur. Antara ulama yang mengajar dalam Masjid al-Haram ketika itu ada yang tembuspandangannya, diketahuinyalah bahawa pemuda yang aneh itu bukanlah sembarangan orang, martabatnya ialah seorang ‘Wali Allah’.

Walaubagaimanapun, tidak seorang ulama peringkat Wali Allah di Mekah mahumembuka rahsia itu kepada murid-muridnya. Ketika Tok Kenali sampai diMekah, Syeikh Ahmad al-Fathani telah mengetahui pemuda yang berasal dari Kelantan itu, tetapi sengaja tidak dipedulikannya kerana pada firasat Syeikh Ahmad al-Fathani pemuda Kelantan itu sama ada lekas ataupun lambat akan datang juga kepada beliau.

Dalam masaberbulan-bulan peristiwa seperti di atas, pada satu ketika Tok Kenalimengunjungi halaqah Syeikh Ahmad al-Fathani. Tok Kenali duduk jauh dibelakang pelajar-pelajar lain. Syeikh Ahmad al-Fathani telah mempersiapkan sekurang-kurangnya tiga kemusykilan atau masalah, yang pada pemikiran Syeikh Ahmad al-Fathani tidak akan dapat dijawab oleh siapa pun yang hadir dalam majlis pengajiannya, kecuali seseorang itumemiliki pandangan ‘kasyaf’ ataupun telah memperoleh ‘ilmu ladunni’.

SewaktuSyeikh Ahmad al-Fathani melemparkan pengujian atau pertanyaan kepadasemua pelajar, Tok Kenali seperti orang tidur-tidur saja. Semua pelajarterdiam, tidak seorang pun berkemampuan menjawab masalah yangdikemukakan oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Tiba-tiba Syeikh Ahmadal-Fathani menyergah pemuda Kelantan yang sedang tidur. Pemuda ituterkejut. Syeikh Ahmad al-Fathani menyuruhnya supaya datang ke hadapanduduk bersama beliau. Disuruhnya pemuda Kelantan itu menjawab masalahujian yang dikemukakan lalu semuanya dijawab dengan sejelas-jelasnya.

Setelahperistiwa itu Tok Kenali menjadi murid yang paling mesra dengan SyeikhAhmad al-Fathani. Bahkan Tok Kenali menjadikan dirinya sebagai ‘khadam’kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Seluruh gerak dan diam Tok Kenalihanyalah berkhidmat kepada gurunya itu, kerana diketahuinya bahawaseluruh kerja Syeikh Ahmad al-Fathani semata-mata untuk kepentinganagama Islam dan bukan kepentingan peribadinya. (Cerita yang sama jugadidengar daripada Tuan Guru Haji Mahmud bin Yusuf Juani di Pondok GajahMati, Kedah pada tahun 1970. Beliau ialah murid Tok Bermin, sahabat TokKenali).

Hampir semua murid Tok Kenali yang pernah saya temui meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar dengan Tok Kenalisemuanya mendapat kedudukan dalam masyarakat. Apabila seseorang muriditu lebih berkhidmat kepada beliau maka ternyata akan lebih pula ilmu yang diperolehnya. Demikian juga kedudukan dalam masyarakat. Yangdimaksudkan berkhidmat di sini ialah ada yang pernah menyiram TokKenali ketika mandi. Bahkan ada murid yang pernah membasuh beraknya sesudah buang air besar.

Murid yang sampai kepada kedua-dua peringkat ini saja yang menjadi ulama besar, antara mereka termasukSyeikh Idris al-Marbawi dan Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti. (Sumber cerita ini daripada murid beliau, Tuan Guru Haji Abdur Rahman bin Husein al-Kalantani, Mufti Mempawah, yang didengar pada tahun 1969 diMempawah; Tuan Guru Haji Mahmud di Gajah Mati, Kedah pada tahun 1970;Qadhi Haji Wan Ismail bin Hawan di Jala pada tahun 1970; Tuan Guru HajiAbdur Rahim Kelantan di Mekah pada tahun 1979, dan masih ada yang lain yang belum perlu disebutkan.)

Walaupun telah diketahui umum TokKenali berasal dari Kelantan tetapi sewaktu saya mengembara ke negeri Caiyya (nama asalnya Cahaya) yang terletak jauh ke Utara Patani danSenggora, orang tua-tua bercerita bahawa asal usul datuk nenek TokKenali adalah dari Cahaya. Diriwayatkan ada dua atau tiga kali Tok Kenali pernah datang ke negeri Cahaya. Setiap kali Tok Kenali datang beliau dimuliakan orang. Tempat yang menjadi laluan Tok Kenali dihamparkan dengan kain kuning, demikian juga tempat duduknya. Orangramai datang berduyun-duyun menziarahi Tok Kenali kerana mengambil berkat keramatnya. Ada orang tertentu yang didoakan oleh Tok Kenali ternyata dikabulkan oleh Allah sebagaimana doa yang beliau ucapkan(riwayat ini didengar di Caiya (Cahaya) pada 1992).

Penulisan
PenglibatanTok Kenali dalam penulisan adalah sebagai bukti beliau seperti jugaulama-ulama terkenal lainnya. Beliau ialah Ketua Pengarang majalahPengasuh yang pertama ketika majalah itu mula-mula diterbitkan. Darisini dapat kita buktikan bahawa majalah Pengasuh merupakan majalahIslam yang paling lama dapat bertahan di Nusantara. Majalah Pengasuhmasih kekal diterbitkan hingga sekarang ini (1427 H/2006 M) oleh MajlisAgama Islam Kelantan. Semua majalah Islam di Nusantara yang diterbitkan peringkat awal, bahkan termasuk yang agak terkebelakang, semuanya tidak diterbitkan lagi.

Karya-karya Tok Kenali yang ditulis dalambentuk risalah atau kitab pula antaranya ialah Risalatud DurrilMantsur, yang selesai ditulis pada bulan Jumadil Akhir 1310 H/Disember1892 M. Kandungannya merupakan terjemahan dan penjelasan fadhilat Burdah Bushiri. Dicetak dalam bentuk huruf batu/litografi oleh SyeikhAbdullah Mujallid, Mekah pada Jumadilakhir 1310 H.

Karya TokKenali dalam bidang ilmu sharaf pula ialah Madkhal Kamil fi ‘IlmisSharfi, selesai penulisan pada 15 Rabiulawal 1351 H. Kandunganmerupakan karya tashhih tentang ilmu sharaf. Kemungkinan maksuddaripada gurunya Syeikh Ahmad al-Fathani, iaitu karya berjudul Abniyatul Asma’ wal Af’al. Dicetak oleh Mathba’ah al-Asasiyahal-Kalantaniyah atas perbelanjaan Haji Wan Daud bin Haji Wan Sufyan.

KaryaTok Kenali dalam bidang ilmu nahu pula ialah Mulhiq li MiftahitTa’allum fi I’rabi Matnil Ajrumiyah wal Amtsilah ‘ala Ratbih, selesai penulisan pada 29 Sya’ban 1354 H. Membicarakan ilmu nahu merupakan huraian kitab Matn al-Ajrumiyah. Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji AbdullahThahir bin Ahmad, Bunut Payung. Dicetak oleh Persama Press, PulauPinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Hasil nukilan Haji Wan Mohd Saghir Abdullah

Friday, June 12, 2009

AQIQAH

AQIQAH

Konsep Aqiqah

Aqiqah ialah penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan.Ia dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah S.W.T untuk mengisyhtiharkan kelahiran cahaya mata mereka.Aqiqah merupakan sunnah Rasulullah.

Maksud hadis:
Daripada Samurah:Katanya Rasulullah bersabda tentang aqiqah:Setiap kana-kanak bergantung kepada aqiqahnya,disembelih untuknya pada hari ketujuh,diberi nama dan dicukur rambutnya.

Hukum aqiqah

Hukum melakukan aqiqah ialah sunat muakkad, meskipun bapa bayi itu dalam kemiskinan.Rasulullah pernah melakukan aqiqah dan juga para sahabat.

Maksud hadis:
Daripada Ibnu Abbas Radiyallahuanhu katanya:Rasulullah telah melakukan aqiqah Al-Hasan dan Al-Husain dengan dua ekor kibas tiap-tiap seorang.

Pelaksanaan Aqiqah

Masa: Afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi.
Binatang: Binatang Al-An’am sama seperti binatang yang boleh dibuat qurban.
Pembahagian Daging: Daging aqiqah sunat dimasak dengan masakan yang manis dan dibuat kenduri.

Hikmah Aqiqah

  1. Melahirkan kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat yang diharapkan akan menyambung keturunan di samping menurut sunah rasulullah.
  2. Mengeratkan laagi hubungan silaturahim antara keluarga bayi dengan jiran-jiran dan masyarakat setempat.
  3. Menggalakkan orang yang mendapat cahaya mata untuk bersedekah.
  4. Memberi penghayatan Islam sejak awal-awal lagi.

    Amalan-amalan Sunat Ketika Menyambut Kelahiran Bayi
  • Disunatkan azan di telinga kanan dan iqamah di telinga kiri.
  • Disunatkan melakukan Tahnik iaitu membelah mulut bayi pada hari aqiqah dengan buah tamar atau yang seumpamanya. Afdal dilakukan oleh orang yang soleh.
  • Disunatkan memberi nama kepada bayi dengan nama yang baik seperti yang terkandung dalam Al-Asma’ Al-Husna iaitu dengan menambahkan perkataan Abdu di pangkalnya. Disunatkan juga memberi nama rasul-rasul dan nabi-nabi kepada anak. Bagi bayi perempuan pula disunatkan member nama isteri dan anak Rasulullah. Anak yang menianggal dunia atau keguguran disunatkan member nama masing-masing. Makruh jika memberi nama yang tidak baik kepada anak.